Memuatkan...

Marketing Assistant

1 Buka Jawatan Kosong Posted Oct 18, 2024
Marketing Assistant


Deskripsi Kerja

  • Membangunkan pangkalan data terperinci bagi pelanggan baharu yang berpotensi serta meningkatkan jualan melalui pengenalpastian dan pembangunan pelanggan baharu
  • Merancang dan mengemukakan idea serta strategi pemasaran, serta menyediakan dan mengurus kandungan kreatif
  • Bertanggungjawab dalam perancangan, penghasilan konsep dan produksi video pendek berkaitan syarikat
  • Mengedit video, menghasilkan bahan reka bentuk dan grafik bergerak (motion graphics), serta menulis kandungan untuk tujuan pemasaran dan promosi secara berkala
  • Menjana leads untuk menyokong keseluruhan saluran Marketing dan E-commerce melalui kempen digital yang efektif, kreatif dan menarik bagi meningkatkan jualan serta penglibatan pengguna
  • Melaporkan dan menganalisis prestasi pengiklanan serta menambah baik arah strategi promosi syarikat
  • Menyediakan jadual tahunan bagi aktiviti promosi
  • Bertanggungjawab mengurus dan berhubung dengan pihak ketiga bagi aktiviti kerjasama perniagaan
  • Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan serta mengumpul maklum balas / aduan untuk memahami keperluan dan pandangan pelanggan
  • Mahir mengurus media sosial seperti penulisan kandungan, Facebook Ads, Instagram Ads, posting dan penghasilan kandungan
  • Bekerjasama dan membantu dalam pembangunan aplikasi (fungsi / ciri) bagi menarik lebih ramai pelanggan
  • Bekerjasama dengan Jabatan Operasi dalam perancangan pemasaran untuk mencapai sasaran jualan dan objektif syarikat
  • Melaksanakan tugasan tambahan (ad-hoc) yang diarahkan oleh pihak atasan


Keperluan

  • Mempunyai Ijazah/Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran atau bidang berkaitan
  • Kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang baik serta kebolehan membuat pembentangan
  • Seorang yang bermotivasi tinggi, bertanggungjawab, kreatif, berfikiran matang dan berperwatakan ceria
  • Mampu bekerja secara berdikari serta mempunyai inisiatif untuk mengembangkan dan menjana perniagaan


KENAPA MEMILIH  SF ?


EPF, SOCSO, EIS


Cuti Perubatan & Tuntutan,
Cuti Tahunan

Pakaian Seragam, Latihan


Peluang Perkembangan Kerjaya